Thursday 13 February 2014

BROCOLI + PRAWN SALAD WITH CHEESE - MENU ATKINS

Hola!!!

Hari ni kite nak share satu lagi resepi untuk dicuba.. untuk teman2 seperjuangan yang masih lagi gegeh berdiet..mari! mari! rapat! rapat! jangan malu! jangan segan!
untuk pengetahuan sume kite dah buat diet Atkins ni selama 28 hari dan kite telah kehilangan 7kg..super yay!!!
skang jom tengok ape resepi yang kite nak share dengan korang sume..

Lets Cekidaut!!!

 BROCOLI + PRAWN SALAD WITH CHEESE


Bahan-bahannya adalah seperti berikut
******************************************

Brocoli 
Cendawan tiram
Tau Miu
Udang
Tartar sauce/ Mayonis / 1000 island
Mozarella cheese
Chilli flakes 
(curik kat Domino mihmihmih!)
Olive Oil
Knorr Pasti Sedap
Aluminium foil 
(ni bukan nak buat makan tau?)

*sume bahan diatas sukahati la korang nak guna banyak mana pon hokay*

Cara-Cara masaknya pulop
****************************
Memula panaskan kuali pastu masukkan sedikit olive oil..
Masukkan udang dan kacau2 bagi udang tu separuh masak..
pastu masukkan plak cendawan dan tau miu..kacau2 lagi bagi separuh masak jugak..brocoli tu plak masukkan last sekali sebab taknak dia masak sangat..pastu sprinklekan dengan secoet knorr pasti sedap..ha? secoet tu banyak mana? hahaha! ala! secoet la..tu pon nak kena ajar ke? haila! haila!
*pandang dinding dengan muka tak bersalah*
dah sprinkle knorr pasti sedap tu kacau2 kejap bagi perasa tu sebati dengan sayur mayur dan boleh la diangkat..

lepas tu bentangkan aluminium foil cantik2 dan tabur la sayur-mayur tu molek2 atas aluminium foil tersebut..sapukan Tartar sauce/ Mayonis / 1000 island sesedap rasa anak tekak atas sayur mayur tu..jangan la letak banyak sangat..sila kira tahap carb anda sendiri..dah siap tu korang parutkan pulak mozarella cheese sesuka hati korang kat atas sayur mayur tu tadi..parut banyak2 pon takpe sebab mozarella cheese ni low carb..kite pakai jenama Perfect Italiano..sumpah sedap! rasanya lemak2 gitu..rupa beliau cenggini hah! RM14.99 satu blok..kite bese beli yang blok sebab lebih jimat! parut je sendiri macam tak sedar diri..hehehe!
*sambil memarut cheese dengan penuh perasaan*


Dah lepas parut cheese tu taburkan plak cili flakes curik tadi kat atas beliau..masukkan dalam oven dalam 2-3 minit sehingga cheese tu mencair dengan jayanya sekali! dah lepas cheese tu melimpah ruah boleh la keluarkan dari oven..
Tadaaa!!! siap untuk dimakan! yummeh!
skang gi masuk dapur cuba masak plak! syuh! syuh!

Moral Of The Story: Masak simple2 pon kena ada skill tau dop?

Mode: Masih runsing

Sampai jumpe lagi...papai!!!

No comments:

Post a Comment