Monday 21 April 2014

SUP KIMCHI PEDAS BERAPI BERTELUR GEDIXXXX - MENU ATKINS

Hola!!!

Bertemu lagi kite dihari isnin yang penuh belus inih! keje bertimbun timbun kat atas meja neh tapi kite macam malas je nak buat hehehe! hep! jangan risau..kite tak curik tulang ler..kite dah siapkan keje kite laju2..skang dah free sket so buleh la hadap blog ni jap nak hapdate resepi baru tuk korang hehehe!

Resepi kite hari ni ialah..

SUP KIMCHI PEDAS BERAPI BERTELUR GEDIXXXX
(resepi ni khas untuk orang yang gilerkan makanan korea tahap dasat)


kikiki! tau dah korang nak cakap ape..nama resepi ni tak beragakkan? hahaha! eh! resepi kite sukahati kite ler nak letak nama ape pon kan? kan? kan? wahahaha!
*sambil gelak syaiton*

Lets Cekidaut!!!  

Macam biasa ampun dan maaf dipinta walau pon belom hari raya sebab gambar masaknya takde..ada gambar yang dah siap je..so kite ajar la cara nak masaknya satu2 yer? senang je ni..jom! jom!

Bahan-Bahannya
********************
1 Sudu besar cili boh
(kalau nak pedas berapi ikut nama resepi tambah lagi 3-4 bijik cili padi)
2 ketul kepak ayam di potong kecik
(sukahati la kalau nak guna part mana pon..nak tukar daging atau udang pon boleh)
10 batang cendawan
(cendawan pape pon boleh tapi kite guna jenis white crab)
Sepenumbuk sayur yaumak
Sepenumbuk kobis panjang
1 biji telur
2 cawan air
(kalau nak kuah lebih letak la lebih yer dop?)
Knorr pasti sedap / Garam
1 peket palsweet
(optional)
2 sudu susu cair
(optional)
Cuka sesedap masam


Cara-cara masak pulop
***************************
Memula panaskan air bersama cili boh didalam periuk sehingga mendidih..biar mendidih lama sket sebab nak pastikan cili tu masak..bila air dah mendidih tu masukkan plak ayam..biar ayam tu separuh masak..bila ayam dah separuh masak..masukkan plak cendawan..biarkan cendawan separuh masak jugak..cendawan kite ni jenis tak makan saman sket..tak kisah kalau nak masak dia lama2 hehehe! bila dah agak2 dia separuh masak korang masukkan la bahan2 perasa macam garam + gula + susu + dan jugak cuka..biarkan kuah tu mendidih sekali lagi..

Bila dah mendidih tu cuba la rasa..sedap ke idak..masin ke idak..pedas ke idak..kalau rasa2 ada kekurangan boleh la tambah apa yang patut nak bagi sedap kuah tu tak gitu? bila rasa kuah tu dah capai tahap boleh bukak restoran stimbot boleh la campakkan sayur mayur tadi dalam kuah tu..sayur mayur ni kena masak kejap aje..kalau biar lama kang lunyai tak sedap! akhir sekali pecahkan sebijik telo dalam kuah tu..pastikan telo tu suku masak aje untuk mendapatkan hasil gedik sama seperti nama resepi..kalau dia tak suku masak nanti dia tak gedik taw? 
telo suku masak = telo bergoyang goyang = telo gedixxxx
dah siap masak masukkan la sup ni dalam mangkuk dan siap sedia untuk dikorbankan..slurrrrpp!!!!

Tadaaa!!!! skang buleh la makan dengan gembira..hehehe!
selamat mencuba..

Nota bulu kaki yang lurus:
Knorr pasti sedap boleh digunakan kalau badan korang imun dengan bahan tu..kalau tak guna garam sudeh! dan untuk sesape yang tak berdiet boleh la campakkan seketol mee siput kat dalam korean sup ni..yang diet tolong jangan nak mengada bersiput siput hokay? sekeh kang!

Moral Of The Story: Usaha Lif kejayaan

Mode: nebes

Sampai jumpe lagi...papai!!!

No comments:

Post a Comment